- artis-artis di atas adalah hanya sekadar gambar hiasan. mereka TIDAK mewakili Maa Takaful dalam apa jua cara sama sekali -
Intro
MAA Takafulink Wanita merupakan satu pelan perlindungan yang direka khusus untuk memberi perlindungan secara komprehensif terhadap kaum wanita. Pelan ini merangkumi;
→ Perlindungan Asas Kematian
→ Hilang Upaya Keseluruhan & Kekal (HUKK)
→ Perlindungan 46 Penyakit Kritikal
→ Perlindungan penyakit-penyakit khas wanita
→ Perlindungan komplikasi kehamilan.
Takafulink Wanita telah dipakej bersama dengan tiga manfaat tambahan iaitu Perlindungan Penyakit Wanita(MTWI), Perlindungan Kehamilan Wanita (MTMP) dan Perlindungan Golden Wanita (MTGW). Pelan ini juga didatangkan bersama kad perubatan yang memberi kemudahan rawatan terbaik di hospital-hospital swasta terpilih di seluruh negara.
MANFAAT PAMPASAN KEMATIAN
Pampasan akan diberikan mengikut jumlah yang terkandung di dalam polisi. Wang pampasan boleh dihibahkan atau diwariskan kepada pewaris.
Hilang Upaya Keseluruhan & Kekal (HUKK)
Sekiranya Orang Yang Dilindungi Hilang Upaya Keseluruhan & Kekal (HUKK) sebelum umur 65 tahun, Jumlah Perlindungan dan Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan dibayar.
Manfaat Perlindungan 46 Penyakit Kritikal
Jika peserta didapati menghidap salah satu daripada 46 penyakit kritikal, sejumlah manfaat kewangan akan diserahkan kepada peserta bagi tujuan perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan berkaitan.
Perlindungan Penyakit Wanita
- Kanser Wanita ( Payudara, Uteri Serviks, Tiub Fallopia, Vulva/Vagina, Ovari).
- Karsinoma In-Situ Wanita di Payudara dan Uteri Serviks
- Systemic Lupus Erythematosus(SLE) dengan Lupus Nefritis
- Fibroid
- Sista Ovari
- Squamous Intraepithelial Lesion Gred Tinggi(HSIL) dengan Dysplasia yang teruk.
- RM100 Pemeriksaan Kesihatan Wanita (re-imburst)
• Pap-Smear
• Mammogram
• Pelvis Ultra Sound
• Mammogram
• Pelvis Ultra Sound
- Pembedahan Rekonstruktif Muka akibat kemalangan.
- Pemindahan kulit akibat terbakar dan Kanser Kulit.
- Pembedahan Rekonstruktif Payudara akibat kemalangan dan kanser.
- Keretakan tulang akibat Osteoporosis.
- Artritis Reumatoid Dengan Komplikasi.
Perlindungan Wanita Hamil
- Elaun Kelahiran – 1% daripada Manfaat Tambahan yang dilindungi atau RM500, yang mana lebih
rendah, Maksima 3 kelahiran anak dan hanya untuk anak-anak yang hidup sekurang-kurangnya
30 hari. - Kematian Ibu Akibat Kelahiran: Takaful Coverage – up to 200%
- Manfaat Kemasukan Hospital Akibat Komplikasi Kehamilan
- i. Penyebaran Penggumpalan Intravaskular
i i. Kehamilan Ektopik
iii. Lahir Mati
iv. Kematian Neonatal
v. Mol Hidatidiform (Kehamilan Molar)
vi. Eklampsia - Penyakit Kongenital Bayi
- i. Sindrom Down
ii. Spina Bifida
iii. Tetralogy Fallot
iv. Transposisi Pembuluh Utama
v. Kecacatan Ventrikular Septum
vi. Kecacatan Atrium Septum - Manfaat Kemasukan Hospital sebanyak RM 200 satu hari akan dibayar dengan jumlah maksimum
sebanyak 7 hari akibat komplikasi yang timbul dari melahirkan anak.
Perlindungan Golden Wanita
Satu hilang upaya yang tetap ( berpanjangan paling minimum (6) bulan) untuk melakukan
sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti-aktiviti Kehidupan Seharian.
a. Pemindahansekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti-aktiviti Kehidupan Seharian.
b. Pergerakan
c. Kontinens
d. Pakaian
e. Mandi/ Bersihkan Diri
f. Makan
1 comment:
Sangat bagus utk wanita...
Post a Comment