31 May 2010

PRODUK :MAA TAKAFUL HAJJ/HAJI

Takafulink Hajj MAA Takaful
Apakah Takafulink Hajj ?
Takafulink Hajj adalah salah satu produk unik dan fleksibel yang menawarkan manfaat SIMPANAN, PELABURAN dan PERLINDUNGAN dalam satu akaun ke arah menunaikan ibadah haji.
Mengapakah anda perlu memilih Takafulink Hajj ?
Sebagai langkah pertama untuk mempersiapkan diri secara mental, spiritual dan KEWANGAN ke arah menunaikan ibadah haji.
Apakah manfaat atau kelebihan kepada peserta Takafulink Hajj ?
Upah haji RM5,000 apabila berlaku sebarang kematian (sebarang punca)
Faedah tunai apabila berlaku hilang upaya kekal keseluruhan @ lumpuh
Khairat kematian RM2,000 dibayar dalam masa 24 jam
Harta hibah kepada orang tersayang apabila berlaku kematian (sebarang punca)
Perlindungan kemalangan diri 24 jam di seluruh dunia dan dibayar 200% jika berlaku di Arab Saudi
Pengeluaran wang dari akaun simpanan/pelaburan pada bila-bila masa
Dilindungi secara tunai untuk 46 *penyakit kritikal tersenarai
Elaun hospital sehingga RM200 sehari *
Kad perubatan Tiada Had keseluruhan seumur hidup *
Dividen + Bonus yang lumayan
Yuran Wakalah@ caj perkhidmatan terendah dalam industri takaful di Malaysia
Nota * : Tertakluk kepada had pelan yang dipilih
Jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya bagi mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan
Call/Whataps/sms 0195738391 rizal alias dapatkan rundingan/qotation percuma anda






MANA SATU PILIHAN KITA.


Mana Satu Pilihan Anda, Cara A atau Cara B?
Jika anda ada RM100 untuk simpanan bulanan buat pelajaran anak tersayang mana yang anda pilih, cara A atau cara B (lihat lakaran di bawah).
Cara A 
Anda bermula dengan tabung kecil melalui simpanan bulanan ke akaun simpanan, tabung haji atau mana-mana simpanan bagi mencapai matlamat tabung besar. Katakan jangkamasa 20 tahun untuk sampai ke matlamat tabung besar. Adakah ianya pasti tercapai? Dalam perjalanan menuju ke tabung besar sudah pasti ada kemungkinan yang tak mampu kita duga, maka matlamat untuk capai tabung besar belum dapat dipastikan lagi. Andainya dipertengahan jalan berlaku musibah yang membuatkan kita tidak mampu mencarum lagi, dana untuk anak tersayang telah terhenti di kawasan berlorek merah seperti lakaran di bawah.

Cara B
Masih sama, anda membuat sumbangan bulanan RM100 tapi kali ini dengan MAA takaful. Maknanya anda telah mengaktifkan tabung besar untuk anak anda dan anda. Anda tidak perlu risau lagi jika dipertengahan jalan ada musibah yang menimpa diri dan anda tidak lagi berupaya mencarum. Takaful akan melunaskan sumbangan bulanan anda. Dengan Takaful, tabung besar untuk anak dan anda telah tersedia sebaik sahaja anda buat sumbangan pertama.
RENUNG-RENUNGKANLAH DEMI MASA DEPAN KELUARGA TERSAYANG, BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK HARI INI. ANDAINYA CARA B PILIHAN ANDA, HUBUNGI SAYA UNTUK ILUSTRASI PERCUMA BUAT SI MANJA, KELUARGA DAN JUGA DIRI ANDA.
— feeling wonderful.

30 May 2010

MENGAPA ANDA PERLUKAN PERLINDUNGAN TAKAFUL


Bagi perunding profesional takaful, antara perkara yang paling mencabar dalam industri ini adalah menjelaskan kepentingan takaful terhadap prospek.Ini bagi meningkatkan kepercayaan mereka untuk melaburkan sejumlah wang, ke dalam akaun Takaful bagi tujuan dunia dan akhirat.
terdapat 7 sebab yang boleh saya kongsikan. Tentang betapa pentingnya untuk setiap insan di muka bumi ini memerlukan Takaful.
7 Sebab Anda Perlukan Takaful
Saya berikan yang pertama
#1 – Sentiasa Wujud Musibah Di Dunia
Kehidupan kita di muka bumi ini tidak terkecuali daripada masalah.
Sematkan ayat ini sentiasa di fikiran kita.
Setiap apa yang kita lalui hari ini, adalah kurnian dan berkat daripada Allah, Tuhan yang mengawal sekalian alam. Allah juga yang berkehendak jika mahu berlakunya sesuatu musibah pada hamba-Nya.
Jalan terbaik untuk kita memperbesarkan kuasa-Nya adalah dengan persediaan yang rapi.
Di sini terletaknya kepentingan takaful. Kita melabur ke tempat yang dapat menyelamatkan diri daripada masalah dan malapetaka seperti:
1. Kecurian.
2. Kebakaran.
3. Kemalangan. ..
#2 – Sistem Muamalat yang Untung
Ramai yang menyatakan sistem konvensional lebih menguntungkan berbanding Takaful.
Situasi ini semakin berjaya dicantas dari semasa ke semasa. Terutamanya selepas syarikat-syarikat Takaful mengumumkan peningkatan yang drastik, dari segi keuntungan.
Ini membuatkan kebanyakan individu berlainan agama turut berminat untuk menyertai Takaful.
#3 – Sistem Bantuan Dianjurkan Agama
“Bekerjasamalah kamu dalam kebaikan dan jangan bekerjasama dalam dosa dan permusuhan.” – Surah Al-Maidah Ayat 2
Dengan melaburkan sejumlah wang ke dalam Takaful, kita sebenarnya telah membuat keputusan untuk membantu orang ramai.
Membantu orang ramai adalah perbuatan yang dianjurkan dalam setiap agama, termasuk agama Islam.
Justeru itu, maksimumkan setiap aliran kewangan kita. Walaupun pelaburan kita sedikit untuk Takaful, namun sedikit itu adalah lebih baik daripada tiada langsung.
#4 – Memperkasakan Ekonomi Islam
Dalam pada kita membantu orang lain mengikut kaedah muamalat Islam, kita sebenarnya sedang berjuang untuk memperkasakan ekonomi Islam.
Bagi penganut agama Islam, ini adalah salah satu cara untuk menyatakan hasrat murni kita sebagai penganutnya.
Bagi agama lain, ini juga adalah salah satu daripada jalan untuk kita melihat keindahan dunia Islam, dari segi muamalatnya.
#5 – Setiap Risiko Berbeza Nilainya
Menerusi konsep perlindungan Takaful, setiap risiko harian yang kita tanggung, berbeza nilainya.
Sebagai contoh, nilai kerugian apabila berlakunya kemalangan lebih tinggi, berbanding kecurian kecil seperti kehilangan barang dan sebagainya.
Bagi mengelakkan diri kita daripada menanggung kerugian, Takaful dapat membantu dari sudut bantuan kewangan yang telah kita laburkan sebelum ini.
#6 – Waspada Dengan Musibah Harian
Setiap kali kita melakukan pelaburan Takaful, minda, hati dan akal kita akan memperingatkan diri tentang kekuasaan Allah yang sentiasa menguji hamba-Nya.
Semoga dengan pelaburan Takaful, kita sebagai hamba-Nya akan sentiasa mengingati kekuasaan-Nya, ketika susah dan senang dalam kehidupan di dunia ini.
#7 – Semakin Ramai, Semakin Kukuh
Sistem perlindungan Takaful menjadi lebih indah dan bermakna, apabila lebih ramai pelanggan melaburkan wang di tempat yang betul.
Formula untuk kesenangan dunia dan akhirat menerusi Takaful, adalah bernaung di bawah syarikat Takaful yang mempunyai jumlah pelanggan yang besar.