11 June 2010

JUST MY TRIP







02 June 2010

PRODUK: TAKAFULINK WANITA

- artis-artis di atas adalah hanya sekadar gambar hiasan. mereka TIDAK mewakili Maa Takaful dalam apa jua cara sama sekali -

Intro
MAA Takafulink Wanita merupakan satu pelan perlindungan yang direka khusus untuk memberi perlindungan secara komprehensif terhadap kaum wanita. Pelan ini merangkumi;

 Perlindungan Asas Kematian
 Hilang Upaya Keseluruhan & Kekal (HUKK)
 Perlindungan 46 Penyakit Kritikal
 Perlindungan penyakit-penyakit khas wanita
→ Perlindungan komplikasi kehamilan. 

Takafulink Wanita telah dipakej bersama dengan tiga manfaat tambahan iaitu Perlindungan Penyakit Wanita(MTWI), Perlindungan Kehamilan Wanita (MTMP) dan Perlindungan Golden Wanita (MTGW). Pelan ini juga didatangkan bersama kad perubatan yang memberi kemudahan rawatan terbaik di hospital-hospital swasta terpilih di seluruh negara.

MANFAAT PAMPASAN  KEMATIAN
Pampasan akan diberikan mengikut jumlah yang terkandung di dalam polisi. Wang pampasan boleh dihibahkan atau diwariskan kepada pewaris.

Hilang Upaya Keseluruhan & Kekal (HUKK)
Sekiranya Orang Yang Dilindungi Hilang Upaya Keseluruhan & Kekal (HUKK) sebelum umur 65 tahun, Jumlah Perlindungan dan Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan dibayar.

Manfaat Perlindungan 46 Penyakit Kritikal
Jika peserta didapati menghidap salah satu daripada 46 penyakit kritikal, sejumlah manfaat kewangan akan diserahkan kepada peserta bagi tujuan perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan berkaitan.

Perlindungan Penyakit Wanita
  • Kanser Wanita ( Payudara, Uteri Serviks,     Tiub Fallopia, Vulva/Vagina, Ovari).
  • Karsinoma In-Situ Wanita di Payudara dan Uteri Serviks
  • Systemic Lupus Erythematosus(SLE) dengan Lupus Nefritis
  • Fibroid
  • Sista Ovari
  • Squamous Intraepithelial Lesion Gred Tinggi(HSIL) dengan Dysplasia yang teruk.
  • RM100 Pemeriksaan Kesihatan Wanita (re-imburst)
   •  Pap-Smear
   •  Mammogram
   •  Pelvis Ultra Sound
  • Pembedahan Rekonstruktif Muka akibat kemalangan.
  • Pemindahan kulit akibat terbakar dan Kanser Kulit. 
  • Pembedahan Rekonstruktif Payudara akibat kemalangan dan kanser. 
  • Keretakan tulang akibat Osteoporosis.
  • Artritis Reumatoid Dengan Komplikasi.

Perlindungan Wanita Hamil
  • Elaun Kelahiran – 1% daripada Manfaat Tambahan yang dilindungi atau RM500, yang mana lebih
    rendah, Maksima 3 kelahiran anak dan hanya untuk anak-anak yang hidup sekurang-kurangnya
    30 hari.
  • Kematian Ibu Akibat Kelahiran: Takaful Coverage – up to 200%
  • Manfaat Kemasukan Hospital Akibat Komplikasi Kehamilan
  •   i. Penyebaran Penggumpalan Intravaskular
    i i. Kehamilan Ektopik
    iii. Lahir Mati
     iv. Kematian Neonatal
      v. Mol Hidatidiform (Kehamilan Molar)
     vi. Eklampsia
  • Penyakit Kongenital Bayi
  •   i. Sindrom Down
     ii. Spina Bifida
    iii. Tetralogy Fallot
     iv. Transposisi Pembuluh Utama
      v. Kecacatan Ventrikular Septum
     vi. Kecacatan Atrium Septum
  • Manfaat Kemasukan Hospital sebanyak RM 200 satu hari akan dibayar dengan jumlah maksimum
    sebanyak 7 hari akibat komplikasi yang timbul dari melahirkan anak
    .
Perlindungan Golden Wanita
Satu hilang upaya yang tetap ( berpanjangan paling minimum (6) bulan) untuk melakukan
sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti-aktiviti Kehidupan Seharian.
a. Pemindahan
b. Pergerakan
c. Kontinens
d. Pakaian
e. Mandi/ Bersihkan Diri
f.  Makan

01 June 2010

PRODUK: MAA TAKAFUL SMART MEDIC 200 # THE BEST MEDICAL CARD


Medical Card (Kad Perubatan ) Smart Medic  200
Menawarkan anda kemasukan hospital yang dijamin dan menguruskan segala bil-bil perubatan sejurus selepas anda keluar dari panel hospital kami. Smart Medic 200 memberikan anda dan keluarga anda satu ketenangan dengan perlindungan yang komprehensif dan berkualiti terutama sekali bila anda memerlukannya. 

Kelayakan
Sesiapa sahaja yang berumur di antara 30 hari sehingga 59 tahun yang mempunyai tahap kesihatan yang baik.

Tiada Co-Takaful untuk Umur 17tahun dan ke atas
ko-takaful bermaksud caj-bersama yang dikenakan ketika warded ke dalam hospital. Biasanyasyarikat insuran/takaful yang lain akan cover  90% daripada total bil hospital, bakinya pesakit akan tanggung kos 10%. 


contoh;
Jika total hospital bil anda berjumlah RM 4500, anda terpaksa bayar cash / swipe credit card RM450(10%) semasa check-out. bukankah ini sedikit sebanyak agak membebankan pesakit? walaupun saya pasti anda telah add-on rider elaun harian hospital, tetapi anda aware tak yang rider ni bukan free, tapi dikenakan tabarru' (service charge) yg semakin tinggi mengikut usia ?

Dengan Smart Medic 200, anda tidak perlu lagi mengeluarkan extra cash apabila masuk wad. 100% bil akan ditanggung oleh MAA Takaful selagi mengikut terma & syarat kontrak. sila rujuk pada bahagian NOTA paling bawah entri ini atau hubungi saya untuk info lanjut :-)

Unlimited Lifetime Limit
Ya. Smart Medic tidak mempunyai had seumur hidup. Cuma penggunaan tertakluk pada had tahunan sahaja.
Contoh,
jika anda subscribe Smart Medic 200 PELAN 2 pada 1 Mei 2013, had tahunan anda ialah RM100,000. Definasi Tahunan ialah dari 1 MEI 2013 hingga 1 MEI 2014. 

Kad Perubatan 'Mampu Milik'
Kad perubatan ini boleh dimiliki dengan kadar serendah RM50/sebulan. MAA Takaful Smart Medic 200 ini menawarkan 5 Pelan mengikut kesesuaian dengan kemampuan anda untuk perlindungan yang optimum. Sila rujuk jadual di bawah.

to zoom in, right click -- open in new tab


to zoom, right click -- open in new tab
*1. Caruman yang dinyatakan adalah tidak dijamin. Sila rujuk kepada ‘Summary Information Sheet’
untuk keterangan lanjut mengenai jenis-jenis caruman.

2. MAA Takaful Berhad mempunyai hak untuk menyemak kadar caruman apabila tiba masa pembaharuan dengan memberi notis dalam masa sembilan puluh (90) hari notis bertulis kepada peserta.

Kemasukan ke Panel Hospital Menjadi Lebih Mudah
Anda cuma perlu tunjuk kad perubatan anda di kaunter hospital dan pihak mereka akan auto-link dengan MAA Takaful untuk cek sama ada kad anda 'aktif' atau tidak. Kalau semua cun, anda akan diwadkan ke bilik yang mengikut pelan yang diambil. terdapat 94 panel hospital di seluruh negara. Untuk senarai penuh hospital panel, sila klik sini.

Jaminan Pembaharuan 
Guarantee renewal  hingga umur 80 tahun. Maksud guarantee renewal ialah jika anda mula memiliki Smart Medic pada 2009, pada 2010 anda dimasukkan ke hospital akibat kanser. anda menggunakan Smart Medic 200 untuk rawatan dan pembedahan. pada tahun 2011, pihak takaful wajib cover segala kos rawatan perubatan baru yang berkaitan dengan penyakit kanser yang anda hidapi pada 2010 lalu tanpa sebarang sekatan.


Profit Sharing
Lebihan keuntungan (surplus sharing) pada akhir tahun (jika declare pd tahun itu) akan dikongsi di antara peserta dan MAA Takaful mengikut nisbah 50:50. Cool kan?!


Smart Medic 200 adalah produk MAA Takaful
Medikal kad ini adalah produk sepenuhnya dari MAA Takaful. Ini bukan produk third-party. so, anda tak perlu risau kerana kad ini di'back up' oleh MAA Takaful Berhad.  

Kad Perubatan 'Stand Alone'
Smart Medic 200 boleh dibeli secara tunggal (Stand Alone) atau ditambah sebagai rider dalam Takafulink. Medikal kad 'Stand Alone' boleh dibeli jika anda telah pun memiliki atau tidak mahu membeli takafulink. Ia juga sesuai pada mereka yang mahukan perlindungan perubatan (medical coverage) mampu milik.

Khairat Kematian Yang Tinggi
Waris akan menerima RM 5000 untuk uruskan pengebumian.

Anda Dilindungi Walaupun Berada di Luar Negara.
Yup! Dont worry! Medical card MAA takaful bertaraf international.
Program Bantuan Perubatan Antarabangsa – pemindahan perubatan kecemasan, penyeliaan penghantaran balik dari segi perubatan, penghantaran ubtat yang tidak boleh didapati di pasaran tempatan, penghantaran balik mayat, kepulangan anak-anak tanggungan, 24 jam khidmat bantuan untuk rujukan perubatan dan sebagainya.

• Bantuan Perjalanan*** - menyediakan maklumat berkaitan inokulasi, keperluan visa, bantuan penemuan kehilangan bagasi, dokumen dan barang-barang persendirian, maklumat cuaca, maklumat pertukaran asing, aturan dan informasi penerbangan, rujukan perundangan, rujukan penterjemah dan penyampaian mesej kecemasan.
• Bantuan Kereta***- penundaan kecemasan 24 jam dan pembaikan kecil di tepi jalan, bantuan kereta.
sewa, bantuan urusan penginapan hotel dan rujukan kepada pusat-pusat perkhidmatan yang lain.
• Bantuan Kediaman***- perkhidmatan membaiki paip, tukang cuci, pembaikan am dan kawalan serangga perosak.

Elaun tunai bagi admission ke hospital kerajaan*
Kepada pesakit yang masih juga nak diwadkan di hospital kerajaan(maybe sebab beliau or famili adalah pekerja sektor awam or dekat dengan rumah) anda still boleh guna Smart Medic 200. Hospital-hospital awam bukanlah panel hospital kami. Oleh itu, anda terpaksa membayar bill hospital dari poket anda sendiri terlebih dahulu dan  claim semula dengan kami. Bahkan Maa Takaful akan memberi anda angpau (elaun hospital) dari RM50 hingga RM85 sehari. Ingat, medikal kad anda adalah Bebas ko-Takaful, 100%** hospital bilMAA yang tolong setelkan.
* tertakluk pada kelayakan dan faedah had pelan.

tidak termasuk hospital admin fees. average admin fees hosp swasta di sekitar Lembah Klang adalah antara RM20-RM50 sahaja. 

Tax Relief
Rasanya takde sesapa pun yang suka bayar income-tax.Alang-alang dah wajib kena bayar tax, better fully utilise tax relief ni,kan? :-) 
Pelepasan cukai sebanyak RM3,000 setahun untuk medikal kad. 


Info Tambahan
Kad SMART MEDIC 200 dikira Tamat/Batal jika:
  • Caruman tidak dibayar lebih dari 31 hari selepas(lapsed) tarikh bayaran sepatutnya.
  • Pemegang polisi kad telah mencapai umur 80 tahun.
  • Selepas bayaran Khairat kematian.
  • Jumlah faedah yang dibayar kepada Orang Yang Dilindungi telah melebihi Had Seumur Hidup.
  • Penamatan tempoh sijil asas (terpakai untuk sijil rider sahaja).

Pengecualian ( Exclusion )
  • Penyakit sedia ada.
  • Penyakit tertentu yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama bagi perlindungan yang berterusan.Sesiapa sahaja yang menetap di luar Negara lebih daripada 90 hari berturut-turut, yang mana sijil masih lagi aktif.
  • Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari pertama perlindungan.
  • Kecederaan diri-sendiri dan perbuatan yang menyalahi undang-undang.
  • Peperangan, mogok dan rusuhan(Bersih 2.0).
  • Sebarang operasi kegiatan ketenteraan atau bersenjata.
  • Kehamilan, Keguguran kandungan atau kelahiran anak.
  • Gangguan mental(meroyan) atau saraf.
  • Penyalahgunaan alkohol dan dadah atau yang berkaitan dengannya.
  • Pembedahan kosmetik, elektif atau plastic, ataupun keabnormalan atau kecacatan kongenital.
  • Rawatan pergigian kecuali diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan.
  • Pemeriksaan rutin kesihatan dan apa-apa pemeriksaan yang tak melibatkan kemasukan ke hospital.
  • Rawatan yang tidak perlu dari segi perubatan.
  • Pembelanjaan perubatan yang ditanggung oleh mana-mana badan/organisasi atau program perubatan dari mana-mana syarikat insurans dan Takaful.
  • Penjagaan peribadi, rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, kemabukan,pensterilan, penyakit venereal dan sekuelnya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) atau ARC (Kompleks Berkaitan AIDS) dan penyakit berkaitan HIV, dan apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang. 


NOTA
  • Premium bayaran untuk SmartMedic 200 'Stand Alone' tetap perlu dibayar walaupun anda telah disahkan doktor menghidap mana-mana dari 46 Penyakit Kritikal. Hanya Smart Medic 200 yang diambil bersama add-on Waiver of Contribution on Dread Disease (MTWCDD) dalam Takafulink sahaja boleh waive premium bulanan anda. Please take note ya!
  • Menaiktaraf Bayaran Bersama Bilik dan Makan – Jika Orang Yang Dilindungi dimasukkan ke dalam hospital padar kadar Bilik & Makan yang lebih tinggi daripada manfaat yang dia layak. Orang Yang Dilindungi hendaklah menanggung 10% daripada jumlah manfaat yang lain yang telah diterangkan dalam jadual faedah bagi setiap tuntutan. untuk contoh, sila refer link INI.
  • Faedah Keseluruhan yang berbayar dalam masa setahun hendaklah tidak melebihi Had Tahunan Keseluruhan.
  • Faedah Keseluruhan yang berbayar seumur hidup adalah tertakluk kepada Had Seumur Hidup.
  • Terma-terma dan syarat-syarat yang tepat boleh dirujuk kepada sijil perlindungan Takaful.

31 May 2010

PRODUK :MAA TAKAFUL HAJJ/HAJI

Takafulink Hajj MAA Takaful
Apakah Takafulink Hajj ?
Takafulink Hajj adalah salah satu produk unik dan fleksibel yang menawarkan manfaat SIMPANAN, PELABURAN dan PERLINDUNGAN dalam satu akaun ke arah menunaikan ibadah haji.
Mengapakah anda perlu memilih Takafulink Hajj ?
Sebagai langkah pertama untuk mempersiapkan diri secara mental, spiritual dan KEWANGAN ke arah menunaikan ibadah haji.
Apakah manfaat atau kelebihan kepada peserta Takafulink Hajj ?
Upah haji RM5,000 apabila berlaku sebarang kematian (sebarang punca)
Faedah tunai apabila berlaku hilang upaya kekal keseluruhan @ lumpuh
Khairat kematian RM2,000 dibayar dalam masa 24 jam
Harta hibah kepada orang tersayang apabila berlaku kematian (sebarang punca)
Perlindungan kemalangan diri 24 jam di seluruh dunia dan dibayar 200% jika berlaku di Arab Saudi
Pengeluaran wang dari akaun simpanan/pelaburan pada bila-bila masa
Dilindungi secara tunai untuk 46 *penyakit kritikal tersenarai
Elaun hospital sehingga RM200 sehari *
Kad perubatan Tiada Had keseluruhan seumur hidup *
Dividen + Bonus yang lumayan
Yuran Wakalah@ caj perkhidmatan terendah dalam industri takaful di Malaysia
Nota * : Tertakluk kepada had pelan yang dipilih
Jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya bagi mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan
Call/Whataps/sms 0195738391 rizal alias dapatkan rundingan/qotation percuma anda






MANA SATU PILIHAN KITA.


Mana Satu Pilihan Anda, Cara A atau Cara B?
Jika anda ada RM100 untuk simpanan bulanan buat pelajaran anak tersayang mana yang anda pilih, cara A atau cara B (lihat lakaran di bawah).
Cara A 
Anda bermula dengan tabung kecil melalui simpanan bulanan ke akaun simpanan, tabung haji atau mana-mana simpanan bagi mencapai matlamat tabung besar. Katakan jangkamasa 20 tahun untuk sampai ke matlamat tabung besar. Adakah ianya pasti tercapai? Dalam perjalanan menuju ke tabung besar sudah pasti ada kemungkinan yang tak mampu kita duga, maka matlamat untuk capai tabung besar belum dapat dipastikan lagi. Andainya dipertengahan jalan berlaku musibah yang membuatkan kita tidak mampu mencarum lagi, dana untuk anak tersayang telah terhenti di kawasan berlorek merah seperti lakaran di bawah.

Cara B
Masih sama, anda membuat sumbangan bulanan RM100 tapi kali ini dengan MAA takaful. Maknanya anda telah mengaktifkan tabung besar untuk anak anda dan anda. Anda tidak perlu risau lagi jika dipertengahan jalan ada musibah yang menimpa diri dan anda tidak lagi berupaya mencarum. Takaful akan melunaskan sumbangan bulanan anda. Dengan Takaful, tabung besar untuk anak dan anda telah tersedia sebaik sahaja anda buat sumbangan pertama.
RENUNG-RENUNGKANLAH DEMI MASA DEPAN KELUARGA TERSAYANG, BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK HARI INI. ANDAINYA CARA B PILIHAN ANDA, HUBUNGI SAYA UNTUK ILUSTRASI PERCUMA BUAT SI MANJA, KELUARGA DAN JUGA DIRI ANDA.
— feeling wonderful.

30 May 2010

MENGAPA ANDA PERLUKAN PERLINDUNGAN TAKAFUL


Bagi perunding profesional takaful, antara perkara yang paling mencabar dalam industri ini adalah menjelaskan kepentingan takaful terhadap prospek.Ini bagi meningkatkan kepercayaan mereka untuk melaburkan sejumlah wang, ke dalam akaun Takaful bagi tujuan dunia dan akhirat.
terdapat 7 sebab yang boleh saya kongsikan. Tentang betapa pentingnya untuk setiap insan di muka bumi ini memerlukan Takaful.
7 Sebab Anda Perlukan Takaful
Saya berikan yang pertama
#1 – Sentiasa Wujud Musibah Di Dunia
Kehidupan kita di muka bumi ini tidak terkecuali daripada masalah.
Sematkan ayat ini sentiasa di fikiran kita.
Setiap apa yang kita lalui hari ini, adalah kurnian dan berkat daripada Allah, Tuhan yang mengawal sekalian alam. Allah juga yang berkehendak jika mahu berlakunya sesuatu musibah pada hamba-Nya.
Jalan terbaik untuk kita memperbesarkan kuasa-Nya adalah dengan persediaan yang rapi.
Di sini terletaknya kepentingan takaful. Kita melabur ke tempat yang dapat menyelamatkan diri daripada masalah dan malapetaka seperti:
1. Kecurian.
2. Kebakaran.
3. Kemalangan. ..
#2 – Sistem Muamalat yang Untung
Ramai yang menyatakan sistem konvensional lebih menguntungkan berbanding Takaful.
Situasi ini semakin berjaya dicantas dari semasa ke semasa. Terutamanya selepas syarikat-syarikat Takaful mengumumkan peningkatan yang drastik, dari segi keuntungan.
Ini membuatkan kebanyakan individu berlainan agama turut berminat untuk menyertai Takaful.
#3 – Sistem Bantuan Dianjurkan Agama
“Bekerjasamalah kamu dalam kebaikan dan jangan bekerjasama dalam dosa dan permusuhan.” – Surah Al-Maidah Ayat 2
Dengan melaburkan sejumlah wang ke dalam Takaful, kita sebenarnya telah membuat keputusan untuk membantu orang ramai.
Membantu orang ramai adalah perbuatan yang dianjurkan dalam setiap agama, termasuk agama Islam.
Justeru itu, maksimumkan setiap aliran kewangan kita. Walaupun pelaburan kita sedikit untuk Takaful, namun sedikit itu adalah lebih baik daripada tiada langsung.
#4 – Memperkasakan Ekonomi Islam
Dalam pada kita membantu orang lain mengikut kaedah muamalat Islam, kita sebenarnya sedang berjuang untuk memperkasakan ekonomi Islam.
Bagi penganut agama Islam, ini adalah salah satu cara untuk menyatakan hasrat murni kita sebagai penganutnya.
Bagi agama lain, ini juga adalah salah satu daripada jalan untuk kita melihat keindahan dunia Islam, dari segi muamalatnya.
#5 – Setiap Risiko Berbeza Nilainya
Menerusi konsep perlindungan Takaful, setiap risiko harian yang kita tanggung, berbeza nilainya.
Sebagai contoh, nilai kerugian apabila berlakunya kemalangan lebih tinggi, berbanding kecurian kecil seperti kehilangan barang dan sebagainya.
Bagi mengelakkan diri kita daripada menanggung kerugian, Takaful dapat membantu dari sudut bantuan kewangan yang telah kita laburkan sebelum ini.
#6 – Waspada Dengan Musibah Harian
Setiap kali kita melakukan pelaburan Takaful, minda, hati dan akal kita akan memperingatkan diri tentang kekuasaan Allah yang sentiasa menguji hamba-Nya.
Semoga dengan pelaburan Takaful, kita sebagai hamba-Nya akan sentiasa mengingati kekuasaan-Nya, ketika susah dan senang dalam kehidupan di dunia ini.
#7 – Semakin Ramai, Semakin Kukuh
Sistem perlindungan Takaful menjadi lebih indah dan bermakna, apabila lebih ramai pelanggan melaburkan wang di tempat yang betul.
Formula untuk kesenangan dunia dan akhirat menerusi Takaful, adalah bernaung di bawah syarikat Takaful yang mempunyai jumlah pelanggan yang besar.